Sunday, November 9, 2014

Jangan Berputus Asa Untuk Kurus!

Ya, jangan berputus asa untuk kurus!
Walaupun sudah amalkan diet, do exercise tapi berat badan macam tak turun-turun (macam saya). Saya pernah ditempat itu. Mahu turun setengah kilo pun susah. Saya hampir putus asa bila keadaan ini berlaku. Then, I do self-evaluation dan try cari info kenapakah ini terjadi.
 
Metabolisme.
Apa tu?
 Metabolisme ialah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Semua aktiviti memerlukan tenaga.

Perkara Yang Mempengaruhi Metabolisme:
 
1. Komposisi Badan
= Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama tetapi individu mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi. Ini kerana otot membakar lebih kalori berbanding lemak.
 
2. Genetik
= Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza. Ini kenyataan hidup. Orang yang tinggi lansing biasanya mempunyai metabolisma yang tinggi.
 
3. Umur
= Metabolisma akan menurun dengan umur. Jadi, keperluan kalori akan turun seiring dengan umur. Jadi, sewaktu muda makan banyak pun berat tetap okay, berbanding bila umur meningkat. Cepat ja berat tu naik.
 
Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme
  1. Minum Air Secukupnya: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama anda!
  2. Latihan/Senaman: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot.
  3. Makan!: Jangan skip meals sebab fungsi badan kita kan menurun dan kita mungkin akan makan lebih pada waktu makan yang seterusnya. Betul kan? Dengan makan kerap 5-6 kali sehari, sistem badan kita akan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma. Pilih snek dan protein tinggi seperti buah-buahan, biskut fiber / dadih.
  4. Tidur cukup: Tidur at least 7 - 8 jan setiap malam untuk mengekalkan metabolima yang sihat. Bila kurang tidur, ia boleh menggangu tubuh untuk membakar kalori. Try kekalkan rutin tidur yang konsisten dan bangun pada masa yang lebih kurang sama. Pasti anda rasa segar!
  5. Makanan Pedas: Kalau suka makan pedas, ini berita baik. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehinggan 30 minit selepas anda makan.
  6. Jangan Stress: Bila kita stress, jumlah kortisol akan meningkat. Kortisol ini hormone yang memberitahu tubuh kita untuk simpan lemak kalau tertekan. Jadi, bila strees lakukan senaman untuk kurangkan stress.
  7. Supplement: C untuk cergas - supplement Vitamin C dan kalsium adalah kawan yang baik untuk meningkatkan metabolima. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisma dan Vitamin C pula membantu tubuh untuk serap mineral tersebut (psst, dua-dua ada dalam Shaklee)
 
Banyak lagi tips untuk meningkatkan metabolisma kita.
Try dan anda pasti teruja dengan perubahan berat badan anda.
 
No excuses, You Can Do It!
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment